Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 berlepas ke Johor

Iklan
Fahmi Fadzil melakukan pelepasan 'Flag Off' pada Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 (KMJG2024) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pusat Komuniti Lembah Pantai pada Sabtu.- FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.

KUALA LUMPUR - Pasukan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berlepas dari Parlimen Lembah Pantai, Selangor untuk bergerak ke lokasi seterusnya iaitu Johor.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pasukan membabitkan seramai 90 peserta dan 65 kenderaan termasuk 50 motosikal berkuasa tinggi itu akan menjelajah ke 10 negeri bermula dari Selangor sebelum berakhir semula di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Menurut ahli Parlimen Lembah Pantai itu, inisiatif menzahirkan semangat patriotisme dan cintakan negara perlu diterapkan dalam diri menjelang sambutan Hari Kemerdekaan nanti.

Fahmi Fadzil ketika Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 (KMJG2024) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pusat Komuniti Lembah Pantai pada Sabtu. - FOTO: SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB

"Selepas memulakan perjalanan pada 21 Julai lalu, hari ini mereka melalui Lembah Pantai dan akan meneruskan jelajah sehingga 31 Ogos ini.

Iklan

"Pasukan ini juga terlibat dalam perarakan dan saya lihat semangat mereka kuat. Harapan saya bukan sahaja mereka mengedarkan Jalur Gemilang, tetapi menerapkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan masyarakat.

"Selesai di peringkat Wilayah Persekutuan, mereka akan hulur baton kepada rakan-rakan di negeri lain pula sehingga habis,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan 'flag off' konvoi KMJG 2024 di Pusat Komuniti Lembah Pantai, di sini pada Sabtu.

KMJG 2024 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sebahagian daripada usaha untuk menguar-uarkan sambutan Hari Kebangsaan di samping menyediakan aktiviti menarik buat masyarakat.

Antara 10 negeri terlibat ialah Selangor, Johor, Melaka, Terengganu, Perak, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Kuala Lumpur.

Difahamkan, peserta yang terlibat terdiri daripada Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi, komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).