Mentaliti pemain pacu kemenangan bergaya - Bidoglio

Iklan
Ariff Aiman berjaya melepasi kawalan pemain KDA FC pada perlawanan berkenaan. - FOTO: FB Johor Southern Tigers

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menyifatkan mentaliti kemenangan (winning mentality) yang dipamerkan skuad kendaliannya itu merupakan antara faktor yang membantu kemenangan bergaya 6-0 ketika berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat.

Menurutnya, karakter sedemikian telah dipamerkan kesebelasan pemain sejak wisel permulaan hingga tamat perlawanan yang menyaksikan skuad Harimau Selatan itu berjaya mendominasi sebahagian besar permainan.

Iklan
Iklan

"Kesemua pemain kita telah mempamerkan aksi bertenaga setelah memulakan permainan dengan melakukan tekanan demi tekanan terhadap benteng Kedah dalam usaha membuka jaringan.

"Kami turut menggerakkan bola dengan memberikan lorongan tepat kepada rakan sepasukan dan ia berjaya menghasilkan dua gol untuk menjanakan gerakan di kawasan kotak penalti lawan dengan menghasilkan dua jaringan pada babak pertama.

Iklan

"Di separuh masa kedua, kami tingkatkan intesisti permainan agar menjadi lebih dinamik dan pada masa sama, kami terus mengasak bagi menambah jaringan dan hasilnya empat lagi gol terhasil bagi memastikan tiga mata berharga menjadi milik kami,” katanya.

Pada aksi berkenaan, gol-gol JDT dijaringkan oleh Bergson Da Silva pada minit ke-8, 35 dan 64, Feroz Baharuddin (min-74), Murilo (min-76) dan Afiq Fazail (min-80).

Iklan

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan terus gah di puncak Liga Super dengan 22 mata hasil tujuh kemenangan dan seri sekali daripada lapan perlawanan.

KDA FC pula berada di kedudukan kelapan dengan tujuh mata hasil tiga kemenangan seri sekali dan tewas tiga kali setakat ini.

Mengulas lanjut, Bidoglio berkata, dia berpuas hati dengan kemenangan itu apatah lagi bila menyaksikan dua pemain, Arif Aiman Hanapi dan tonggak serangan, Bergson Da Silva mempamerkan aksi terbaik mereka.

Katanya, Arif Aiman telah memberikan aksi terbaik pada perlawanan berkenaan termasuk Bergson yang dilihat semakin tajam di depan gawang lawan.

"Biarpun tidak menjaringkan gol, gerakan-gerakan Arif Aiman tetap berbahaya dan bagi saya dia sudah pun memberikan aksi terbaik.

"Jangan bandingkan antara nasib Bergson dan Arif Aiman. Ketika Bergson menyerlah tapi Arif tampak sedih apabila beberapa peluang menjaringkan gol serba tidak menjadi, namun saya yakin Arif akan kembali dengan corak permainan yang lebih ampuh cuma dia perlu masa," ujarnya.