Remaja menyamar petugas hospital bukan tiru rancangan televisyen - Polis

Iklan
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ketika dibawa ke mahkamah untuk perintah reman pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Remaja perempuan berusia 14 yang ditahan kerana menceroboh dan menyamar sebagai petugas hospital pada Khamis lepas dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, remaja perempuan itu mengaku melakukan perbuatan itu sekadar suka-suka dan untuk mengetahui jika dia diberi perkhidmatan rawatan lebih cepat jika menyamar sebagai petugas hospital.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati dia melakukan perbuatan itu bukan kerana terpengaruh atau ingin meniru rancangan yang ditontonnya di televisyen,” katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, kertas siasatan berhubung kes itu sedang dilengkapkan serta akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh dan menyamar sebagai penjawat awam.

Remaja itu ditahan di lobi Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang kerana disyaki menyamar sebagai pegawai perubatan dan menawarkan diri untuk membantu menjalankan satu pembedahan.

Iklan

Polis turut merampas satu set alatan perubatan termasuk baju, seluar scrub dan lanyard milik hospital.

Remaja itu kemudian direman dua hari bermula semalam. - Bernama