WASHINGTON - Pesawat bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump melakukan pendaratan yang tidak dijangka di Billings, Montana, kerana masalah mekanikal, lapor Sputnik, memetik sekutu NBC tempatan KTVH.
Pesawat Trump mendarat di Billings menjelang perhimpunan kempen di Bozeman, Montana, pada petang Jumaat, menurut laporan itu.
Iklan
Iklan
Laporan itu turut menyertakan rakaman video pendaratan dan pesawat Trump sedang bergerak di landasan lapangan terbang Billings, yang terletak kira-kira 140 batu dari Bozeman.
Trump dijangka terbang ke Bozeman dengan pesawat lain, tambah laporan itu.
Trump berkata dalam video yang dimuat naik di platform media sosial Truth bahawa beliau telah mendarat di Montana, sambil menyebut negeri itu sebagai 'tempat yang sangat indah', tetapi tidak menyatakan tentang pendaratan yang tidak dijangka di Billings. - Bernama-Sputnik