Bayi 15 bulan lemas tercampak dalam tali air

Iklan
Semasa kejadian mangsa dikatakan dipegang oleh abang kandungnya berusia lapan tahun semasa menaiki motosikal jenis Suzuki RC110S bersama lima orang lagi kanak-kanak lain. Gambar kecil: Bayi perempuan berusia 15 bulan lemas dipercayai tercampak ke dalam tali air di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah, Bachok pada Jumaat.

BACHOK - [DIKEMAS KINI] Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan ditemui lemas setelah dipercayai tercampak ke dalam tali air di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah dekat sini pada Jumaat.

Semasa kejadian mangsa dikatakan dipegang oleh abang kandungnya berusia lapan tahun semasa menaiki motosikal jenis Suzuki RC110S bersama lima orang lagi kanak-kanak lain.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, hasil siasatan mendapati motosikal terbabit ditunggang seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersama enam orang lagi kanak-kanak menghala ke rumah melalui jambatan Kampung Tok Belian.

"Motosikal yang ditunggang mereka dipercayai telah hilang kawalan sehingga menyebabkan kesemua jatuh ke dalam tali air dan diselamatkan oleh penduduk kampung kecuali mangsa.

"Mangsa bagaimanapun ditemui di dasar sungai pada kedalaman empat meter di lokasi kejadian yang berlaku pada jam 8.10 malam," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan dengan dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok.

Iklan

Tambahnya, pengecaman mayat turut dibuat dan mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital HUSM) untuk dibedah siasat.

Mohamad Ismail memberitaahu, punca kematian disebabkan lemas air manakala semakan turut mendapati cukai jalan dan insurans motosikal terbabit telah tamat tempoh.

Iklan

"Kes disiasat bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.