Pegawai penguat kuasa lindungi kegiatan seludup rokok ditahan SPRM

Iklan
Seorang pegawai penguat kuasa di sebuah jabatan di negeri ini ditahan SPRM selepas disyaki menerima rasuah untuk melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan. Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Seorang pegawai penguat kuasa di sebuah jabatan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menerima rasuah untuk melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan dalam satu operasi yang dijalankan SPRM Sabah di Pekan Keningau kira-kira jam 4 petang Sabtu.

Iklan
Iklan

"Suspek disyaki meminta rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok sekitar Keningau dan melepaskan lori serta barang penyeludupan yang telah ditahan oleh jabatan itu," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu esok bagi mendapatkan permohonan reman," katanya.

Iklan

Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan berhubung kes itu akan dibuat.