PRK Nenggiri: Awie beri jaminan manifesto BN bukan retorik

Iklan
Mohd Azmawi Fikri bercakap ketika sidang media selepas Pesta Bola Nenggiri sempena PRK DUN Nenggiri di Padang Bola Sepak Sungai Asap B, pada Sabtu. Foto Bernama

GUA MUSANG - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memberi jaminan manifesto yang bakal dilancarkan beliau bukan sekadar retorik.

Mohd Azmawi, atau lebih dikenali sebagai Awie berkata, beliau mengambil lebih masa untuk membincangkan manifesto itu dengan kepimpinan BN bagi memastikan ia benar-benar mampu dilaksanakan.

Iklan
Iklan

"Saya tengah bincang dengan pihak kepimpinan sebab saya tidak mahu manifesto ini sekadar manifesto, bila kita berjaya nanti, kita mampu lakukan, saya tidak mahu hanya retorik... kerana orang muda tidak mahu retorik, mereka semestinya mahu keperluan mereka dipenuhi,” katanya.

Mohd Azmawi Fikri menyantuni masyarakat setempat ketika hadir pada Pesta Bola Nenggiri sempena PRK DUN Nenggiri di Padang Bola Sepak Sungai Asap B, pada Sabtu. Foto Bernama

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Pesta Bola Nenggiri di Kampung Sungai Asap B hari ini antara penduduk bersama bekas pemain bola sepak Kelantan dan selebriti.

Iklan

Antara bekas pemain yang hadir ialah Mohd Badhri Mohd Radzi, Nor Farhan Muhammad dan Daudsu Jamaludin manakala selebriti pula Sharol Shiro, Mamak Putih serta Fad Bocey.

Mohd Azmawi Fikri beraksi ketika hadir pada Pesta Bola Nenggiri sempena PRK DUN Nenggiri di Padang Bola Sepak Sungai Asap B, pada Sabtu. Foto Bernama

Awie, yang bertanding mewakili Kerajaan Perpaduan, akan menentang calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail.

Iklan

PRK itu diadakan susulan kekosongan kerusi berkenaan selepas keahlian bekas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim digugurkan oleh Bersatu pada 13 Jun lepas. - Bernama

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini!.