Wan Ahmad Fayhsal cabar Rafizi, Fahmi debat

Iklan
Gambar dari kiri: Fahmi, Rafizi, Wan Ahmad Fayhsal

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencabar Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk berdebat berhubung isu penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada BlackRock Inc.

Ujar Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, kesediaannya untuk berdebat di atas pentas neutral itu juga bertujuan menjawab persoalan berkaitan penggantungan beliau selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Julai lalu.

Iklan
Iklan

"Kamu (Rafizi dan Fahmi) jangan cuba alih tiang gol. Rakyat hendak dengar perbahasan perdebatan berkenaan MAHB, jual saham kepada syarikat pro-Zionis.

"Kebenaran akan terserlah kenapa saya digantung selama enam bulan,” katanya dalam siaran video di Facebook pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan Wan Ahmad Fayhsal dalam satu kenyataan balas kepada seorang pengguna media sosial mencabar pihak kerajaan untuk berdebat mengenai isu Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Global Infrastructure Partners (GIP) dan Blackrock.

Rafizi menerusi hantaran di platform X pada Jumaat, bagaimanapun mengajak Wan Ahmad Fayhsal untuk berdebat mengenai topik 'kesan merancakkan ekonomi dengan mencetak wang' menerusi platform ‘podcast’

Iklan

Pada tahun lalu, Rafizi pernah berdebat dengan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman secara langsung menerusi tajuk Model Baharu Ekonomi Malaysia.