Sistem Anti Dron diperluas di seluruh institusi penjara

Iklan
Jabatan Penjara Malaysia membangunkan dan memperluaskan Sistem Anti Dron serta pemintas teknologi tempatan ke seluruh institusi penjara di negara ini.

SHAH ALAM - Jabatan Penjara Malaysia membangunkan dan memperluaskan Sistem Anti Dron serta pemintas teknologi tempatan ke seluruh institusi penjara di negara ini.

Jabatan tersebut berkata, usaha berkenaan berdasarkan kerjasama dengan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Iklan
Iklan

"Jabatan ini sentiasa bersiap siaga dan institusi-institusi penjara berisiko termasuk Penjara Tapah telah dilengkapi dengan Sistem Anti Dron dan peralatan pemintas bagi mencegah perkara ini.

"Jabatan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti penubuhan task force bagi mengekang ancaman pencerobohan ini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini, polis mengesan cubaan menyeludup dadah ke dalam penjara menggunakan dron berikutan penemuan peralatan itu di kawasan Penjara Tapah dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut daripada seorang sarjan penjara yang menemui sebuah dron berwarna putih di atas bumbung Blok Aman Penjara Tapah ketika membuat rondaan jam 11.30 pagi.

Iklan

Jabatan Penjara Malaysia berkata, pihaknya akan terus komited dalam memastikan keselamatan penghuni dan komuniti terjamin daripada pelbagai jenis ancaman yang boleh memudaratkan.