CEO Tesla ditawar jadi penduduk tetap China

Iklan
Musk ketika bertemu Keqiang di Beijing.- Foto AFP

BEIJING - CHINA. Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk ditawarkan 'green card' oleh China, satu kelebihan dinikmati kumpulan elit warga asing termasuk penerima anugerah Nobel.

Tawaran menjadi penduduk tetap itu dikemukakan ketika Musk berada di Shanghai bagi upacara pecah tanah kilang luar negara pertama Tesla.

Iklan
Iklan

Kilang tersebut akan membolehkan Tesla menjual kenderaannya secara langsung di pasaran terbesar dunia bagi kenderaan elektrik.

Usahawan terkemuka itu turut bertemu Perdana Menteri Li Keqiang di Beijing dan menyampaikan cita-cita besar Tesla di negara itu.

Iklan

"Saya amat sukakan China dan tidak teragak- agak untuk kembali lagi," kata Musk.

"Jika ini yang anda betul-betul mahukan,kami boleh memberikan anda 'green card'," balas Keqiang.

Iklan

Tesla bagaimanapun enggan memberi sebarang komen terhadap tawaran itu. - AFP