Pemasangan CCTV pantau kesalahan merokok di tempat awam

Iklan
Membuang puntung rokok merata-rata sudah menjadi tabiat perokok di Malaysia dan penguatkuasaan yang lebih tegas perlu untuk membendungnya. Gambar kecil: Rosli

KUALA TERENGGANU - Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi tertentu penting bagi mengesan kesalahan merokok di kawasan larangan selain membantu dalam menjaga aspek kebersihan dan keselamatan pengunjung yang mengunjungi sesuatu kawasan.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Rosli Latif berkata, langkah itu membolehkan anggota penguat kuasa termasuk pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan sewajarnya apabila mengesan individu yang melanggar peraturan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemasangan CCTV termasuk dalam perancangan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bagi memantau aspek kebersihan dan keselamatan di kawasan tumpuan awam.

"Penggunaan kamera ini dapat mencegah tindakan merosakkan harta benda awam atau perbuatan vandalisme terhadap kemudahan disediakan seperti tempat pembuangan sampah dan sebagainya.

Iklan

"Rekod visual yang diperoleh berguna dalam penyiasatan jenayah atau insiden keselamatan sekali gus membantu pihak berkuasa mengenal pasti suspek dan mengambil tindakan undang-undang,” katanya kepada Sinar Ahad.

Iklan