DAVID Ahman dan Jonatan Hellvig memenuhi ramalan sebagai pilihan utama apabila mereka menghadiahkan Sweden pingat emas pertama dalam acara bola tampar pantai pada Sabtu di Sukan Olimpik Paris, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pemain yang menduduki ranking nombor satu dunia itu tidak menghadapi banyak masalah dalam kemenangan 21-10, 21-13 ke atas Nils Ehlers dan Clemens Wickler dari Jerman di kaki Menara Eiffel.