Sekitar ibu kota mendung

Iklan
Pemandangan mercu tanda Kuala Lumpur Menara Berkembar Petronas (KLCC) dengan keadaan mendung ketika tinjauan di sekitar ibu kota hari ini.

Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Langkawi); Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak); Selangor (Klang, Kuala Langat dan Sepang); Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau); Melaka; Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat); Sarawak (Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit, Song); Sabah: Pedalaman (Tenom, Nabawan dan Keningau) sehingga 12.00 tengah hari ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.