Wujudkan undang-undang lebih tegas terhadap pemandu mabuk

Iklan
Laporan Sinar Harian (kiri), Hezeri. Gambar kecil: Hantaran di aplikasi X Hazeri pada Ahad

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mewujudkan undang-undang yang lebih tegas bagi menangani isu pemandu mabuk yang terlibat dalam kemalangan hingga meragut nyawa orang awam.

Penganalisis industri automotif, Hezeri Samsuri berpandangan, perkara tersebut wajar diambil perhatian sebagaimana usaha kerajaan mengawal produk tembakau dan rokok elektronik atau vape menerusi undang-undang baharu diwujudkan.

Iklan
Iklan

"Pemandu mabuk ini kita tak boleh kaji betul-betul? Angka statistik rendah sebab polis tidak dilengkapkan dengan peralatan yang cukup untuk buktikan mereka (pemandu) mabuk.

"Kita perlukan undang-undang lebih tegas. Kalau mabuk, dengan pemilik pusat hiburan kena saman dan (kenakan) denda yang tinggi," katanya menerusi hantaran di aplikasi X pada Ahad.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan, dua pelajar kolej maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Cheras, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 6.43 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 22 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lelaki dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan bagi membantu siasatan.

Iklan

Sementara itu, Hezeri turut menarik perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'tag' akaun media sosial Perdana Menteri termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dan program audio siar, Keluar Sekejap untuk mengambil maklum perkara yang dicadangkan.

"Tolonglah @anwaribrahim, @teamnurulizzah dan @keluarsekejap. Kami rakyat minta tolong betul-betul.

"Baca laporan berita daripada Bernama. Anak-anak nak belajar mati macam tu sahaja," tulisnya.