Anggota APM maut, motosikal langgar tiang lampu

Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar tiang lampu dalam kejadian pada Ahad.

TANJUNG MALIM - Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas berhampiran simpang masuk Felda Trolak Selatan dekat Sungkai di sini pada Ahad.

Dalam kejadian sekitar jam 8.15 pagi itu, Muhammad Asyraf Haikal Zulkepli, 18, meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, mangsa yang bertugas di APM Slim River menunggang sendirian motosikal jenis Skuter jenis Benelli VZ 125i dari Slim River untuk pulang ke rumahnya di Felda Trolak Timur.

"Semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa telah terbabas dan melanggar tiang lampu di bahu kanan jalan.

Iklan

"Akibat perlanggaran tersebut mangsa terjatuh dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada kenderaan lain terlibat dan nahas berlaku berpunca daripada motosikal yang terbabas sendiri.

Iklan

"Keadaan cuaca ketika kejadian baik dengan permukaan jalan yang kering, aliran trafik di laluan itu juga tidak sibuk," katanya.