JOHOR BAHRU - Seorang pensyarah wanita tidak lena tidur apabila sejumlah RM331,000 wang simpanannya lesap gara-gara terpedaya dengan penipuan dalam talian melalui panggilan telefon (phone scam) baru-baru ini yang mengatakan dirinya terlibat dalam penggubahan wang haram.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa yang berusia 49 tahun mengakui pada mulanya menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai daripada Pengkalan Data Utama (PADU) berpangkat Datuk yang memaklumkan mangsa ada menerima bantuan berjumlah RM1,200 daripada PADU pada 17 Mei 2024.