Selangor tangani isu jurang pendapatan

Iklan
Amirudin menyampaikan bantuan perniagaan kepada komuniti India pada Ahad.

GOMBAK - Masalah jurang pendapatan golongan berpendapatan tinggi dan rendah antara yang akan disentuh kerajaan Selangor dalam pembentangan Bajet 2025.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sasaran Selangor menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi telah dicapai menerusi laporan Bank Dunia yang dikeluarkan baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, terdapat masalah jurang ekonomi yang sedang kerajaan negeri tangani.

"12 Ogos ini cukup setahun pembentukan kerajaan Perpaduan di Selangor dan dalam tempoh tersebut kerajaan negeri laksanakan apa yang dijanjikan.

Iklan

"Dulu kita sebut nak jadikan Selangor sebuah negeri berpendapatan tinggi, ramai yang ketawakan tapi baru-baru ini Bank Dunia menyebut Selangor menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi.

"Cuma saya akui ada jurang diantara golongan berpendapatan sangat tinggi dan rendah.

Iklan

"Perkara ini sedang kerajaan negeri tangani dan akan disentuh dalam Bajet 2025 yang akan dibentangkan pada November atau Disember nanti," katanya pada Ahad.

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Parlimen Gombak Dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) di Pejabat Parlimen Gombak di sini.

Pada program itu, beliau turut menyampaikan penyerahan bantuan perniagaan, komputer dan cermin mata membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM80,000.

Pada ucapannya Amirudin berkata, Mitra merupakan salah usaha kerajaan untuk memperkasa masyarakat India

"Kita tahu masyarakat India merupakan komuniti ketiga terbesar dalam negara tetapi masalah kemiskinan masih meluas disebabkan struktur ekonomi dan sosial yang berlanjutan sejak dulu.

"Kerajaan sedang betulkan untuk mengurangkan jurang tersebut dan Mitra merupakan usaha bantu pulihkan dan meningkatkan masyarakat India," katanya.