Suapan RM176,000: Pengarah dan Timbalan agensi kerajaan negeri antara 4 direman

Iklan
Tiga suspek lelaki ketika di bawa ke Mahkamah Majistret di Ayer Keroh pada Ahad.

MELAKA - Empat individu termasuk Pengarah dan Timbalan Pengarah sebuah agensi kerajaan direman selepas dipercayai berkomplot menerima suapan bernilai kira-kira RM176,000 tahun lalu.

Menurut sumber, penahanan kesemua mereka berusia 34, 40, 50, dan 60 tahun itu bagi membantu siasatan berhubung kelulusan tuntutan kerja dengan butiran palsu membabitkan nilai tersebut.

Iklan
Iklan

Majistret Mahkamah Melaka, Rafidah Che Aziz telah membenarkan tiga suspek lelaki terbabit direman selama tiga hari bermula Ahad manakala suspek wanita berusia 34 tahun direman sehari.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tahanan reman terbabit dan kesemua individu disiasat mengikut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Iklan
Iklan

Difahamkan kesemua suspek ditahan ketika hadir di Pejabat SPRM Melaka, kira-kira jam 5 petang pada Sabtu selepas disyaki telah menerima suapan dianggarkan berjumlah RM176,000 sebagai balasan meluluskan tuntutan kerja di jabatan terbabit yang mempunyai butiran matan palsu.