Onn Hafiz seru sokongan kepada Muhammad Shah Firdaus

Iklan
Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru rakyat bersama-sama mendoakan kejayaan dan menyatakan sokongan penuh kepada atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Beliau berkata, pelumba berusia 28 tahun berasal dari Muar itu merupakan manifestasi kejayaan yang datang seiring dengan usahanya yang tidak pernah padam.

Iklan
Iklan

"Syabas dan tahniah kepada Muhammad Shah Firdaus yang berjaya mara ke suku akhir acara keirin lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024. Ayuh Shah Firdaus! Insya-Allah, seluruh rakyat Malaysia dan Bangsa Johor akan terus menyokong dan berdiri teguh di belakang anda!

Onn Hafiz menyeru rakyat bersama-sama mendoakan kejayaan Muhammad Shah Firdaus. Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi

"Ayuh rakyat Malaysia dan Bangsa Johor! Sama-sama kita doakan kejayaan dan memberikan sokongan penuh kepada Muhammad Shah Firdaus dalam misi memburu pingat emas pertama negara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Iklan

Pemenang dua gangsa Sukan Asia itu muncul wakil tunggal Malaysia dalam suku akhir acara keirin lelaki pada temasya itu di Velodrom Saint Quentin en Yvelines petang ini.

Pusingan suku akhir dijadualkan pada 5.29 petang, diikuti separuh akhir sejam kemudian dan final pada 7.32 malam.

Iklan

Semalam, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dibatalkan penyertaan seawal pusingan pertama acara itu. - Bernama