Mayat wanita OKU ditemui 30 meter dari rumahnya

Iklan
Mayat ditemui dalam keadaan berpakaian dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih kurang beberapa jam yang lalu. Foto JBPM (Gambar kecil; ZAITON)

SEGAMAT - Misteri kehilangan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) sejak Rabu lalu terjawab apabila mayatnya ditemui berhampiran kira-kira 30 meter dari rumahnya di Kampung Permatang Panjang, Jementah di sini, pada pagi Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Ng Swie Chait berkata, maklumat berhubung penemuan mayat Zaiton Hamzah, 60, diterima daripada waris keluarga sekitar jam 10.15 pagi.

Mayat wanita OKU dilaporkan hilang sejak Rabu lalu ditemui 30 meter dari rumahnya di Kampung Permatang Panjang, Jementah, Segamat. Foto JBPM

Iklan
Iklan

"Mayat ditemui dalam keadaan berpakaian dan dipercayai sudah meninggal dunia lebih kurang beberapa jam yang lalu.

"Tiada kesan gigitan binatang buas atau calar di bahagian mayat mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Mayat Zaiton Hamzah dibawa keluar selepas ditemui pada pagi Ahad. Foto JBPM

Iklan

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk bedah siasat.

Pada 7 Ogos lalu, mangsa dilaporkan keluar daripada rumah pada jam 4.30 petang untuk bersiar di halaman kediamannya di Kampung Permatang Panjang, Jementah.

Iklan

Sementara itu Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Pegawai Bomba Kanan II, Ibrahim Zakaria berkata tujuh anggota dan sebuah jentera ke lokasi untuk membantu mencari mangsa.

"Hasil perbincangan dengan pihak polis, anggota bertindak membuat pencarian permukaan di sekitar sungai yang berada di belakang rumah mangsa.

"Bagaimanapun, mangsa telah ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.