[DIKEMAS KINI] ATLET berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menampilkan kayuhan bertenaga untuk mara ke pusingan separuh akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris pada Ahad.
Dalam aksi di Velodrom Saint Quentin, Muhammad Shah Firdaus berjaya menyudahkan saingan saringan pertama itu di kedudukan ketiga untuk terus menyalakan harapan pingat kotinjen negara.