KUALA LUMPUR - Remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana menceroboh dan menyamar sebagai petugas di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang pada Khamis lepas telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sepang untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan tersebut diambil pihak polis memandangkan remaja perempuan terbabit adalah di bawah umur.