Warga asing cuba rasuah penguat kuasa DBKL direman

Iklan
Suspek (tengah) ditahan sekitar jam 9 malam setelah dibawa penguat kuasa DBKL ke Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang jurujual farmasi cuba memberi rasuah kepada penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengelakkan tindakan diambil terhadap premisnya mengundang padah apabila diberkas pihak berkuasa.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan memaklumkan suspek yang merupakan warga asing terbabit sebelum itu cuba memberikan wang berjumlah RM400 kepada penguat kuasa DBKL.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, suspek ditahan sekitar jam 9 malam setelah dibawa oleh penguat kuasa DBKL terbabit ke Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

"Siasatan awal mendapati premis berkenaan merupakan sebuah farmasi di rumah kedai dua tingkat dan beroperasi tanpa lesen serta dikendalikan oleh warga asing.

Iklan

"Suspek yang gagal mengemukakan lesen perniagaan ketika pemeriksaan dilakukan kemudiannya menawarkan RM400 supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap premisnya," katanya.

Perintah reman selama empat hari sehingga 14 Ogos 2024 terhadap suspek berumur 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Shairil Farhana Ruslan selepas permohonan dibuat pada Ahad.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.