PM UK batal cuti bersama keluarga, fokus tangani rusuhan

Iklan
Keir Starmer. Foto AFP

LONDON - Perdana Menteri Britain, Keir Starmer telah membatalkan rancangannya untuk bercuti ketika kerajaan terus memberi tumpuan kepada tindak balasnya berhubung kekacauan di negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Starmer dijangka memulakan percutian musim panas ke Eropah hujung minggu ini bersama keluarganya.

Iklan
Iklan

Namun, difahamkan bahawa beliau akan bekerja dari pejabatnya di No. 10 Downing Street di London dan kediaman rasmi Perdana Menteri, Chequers pada hujung minggu ini dan minggu depan, menurut agensi berita PA.

Pada Jumaat, Starmer menegaskan bahawa polis perlu kekal dalam keadaan berjaga-jaga pada hujung minggu ini.

Iklan

Beliau memberitahu media bahawa tindak balas polis telah diperhebatkan selepas beberapa hari kekacauan dan mempercepatkan kes melalui mahkamah, tetapi mesejnya adalah untuk kekal berjaga-jaga bagi memastikan komuniti di Britain selamat dan terjamin serta berasa selamat.

Lebih ramai individu dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu berhubung protes baru-baru ini ketika penunjuk perasaan anti-perkauman berkumpul di bandar-bandar, termasuk Belfast dan Edinburgh.

Iklan

Beribu-ribu penunjuk perasaan anti-perkauman turut berkumpul di luar ibu pejabat Reform UK di London. - Bernama-dpa