Raja Permaisuri Agong terima menghadap Nancy Shukri

Iklan
Raja Zarith Sofiah (empat dari kiri) berkenan menerima menghadap Nancy (empat dari kanan) di Istana Negara pada Ahad. Foto Facebook Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima menghadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri di Istana Negara, pada Ahad.

Hantaran di Facebook Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memaklumkan pelbagai isu berkaitan golongan wanita, institusi kekeluargaan dan masyarakat dibincangkan dalam pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu.

Iklan
Iklan

Turut hadir pada sesi menghadap itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr Maziah Che Yusoff dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Norazman Othman.

Hadir sama, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah; Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Hanani Sapit dan Ketua Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Dr Faridah Awang. - Bernama

Iklan
Iklan