Empat suspek samun di lebuh raya disambung reman

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Wan Azlan.

SUBANG JAYA - Empa lelaki yang diberkas susulan cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) di sini, pad Rabu lalu, disambung reman selama dua hari.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kesemua suspek berusia 30 hingga 41 tahu itu disambung reman sehingga Selasa ini.

Iklan
Iklan

"Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan, pada Ahad

Pada Khamis lalu, polis memberkas empat individu dalam serbuan berasingan dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian cubaan menyamun seorang juruteknik.

Iklan

Kesemua suspek itu ditahan di sekitar Klang dan Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan juruteknik itu menempuh detik cemas apabila kenderaannya ditahan empat lelaki bersenjata kayu.

Iklan

Suspek bukan saja menahan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dipandu mangsa malah bertindak agresif dengan memecahkan cermin kenderaan.