Op Carilamat pemancing hilang dihentikan jam 7 malam

Iklan
Anggota Maritim Malaysia melihat maklumat mengenai mangsa yang hilang dalam kejadian bot nelayan dan tongkang berlanggar di perairan Kemaman di Jeti Haji Pa Kuala Kemaman hari ini. Foto Bernama

KEMAMAN - Operasi mencari dan menyelamat (Op carilamat) dua lagi mangsa bot karam yang masih hilang di perairan Kemaman, di sini dihentikan jam 7 malam berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kemaman, Leftenan Maritim Muhamad Faisal Abdul Rahim berkata, pencarian Aina Hasna Mohamad Husaini, 25 dan Yusof Kassam, 66 akan disambung jam 7 pagi pada Isnin.

Muhamad Faisal

Iklan
Iklan

Menurutnya, usaha mengesan mangsa melibatkan beberapa agensi seperti Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Maritim Malaysia, Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Polis Marin dengan menggunakan empat buah aset laut.

"Kita telah melakukan pencarian dengan keluasan kira-kira 153 batu nautika dari lokasi kejadian.

Iklan

"Kita percaya dua lagi mangsa masih berada di sekitar lokasi pencarian dan Insya-ALLAH, kita akan gandakan lagi usaha pencarian esok," katanya ketika ditemui pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian di Jeti Haji Pa, Kuala Kemaman di sini, pada Ahad.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan sebuah bot dinaiki sembilan penumpang termasuk dua tekong karam dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi.

Iklan

Bot dinaiki pemancing berasal dari Raub, Pahang dan Selayang, Selangor itu dipercayai dilanggar sebuah tongkang pada jarak tujuh batu nautika dari perairan Kuala Kemaman.

Kejadian itu disedari sekumpulan nelayan yang menemukan lima daripada mereka termasuk seorang mangsa yang meninggal dunia terapung sebelum dibawa ke daratan kira-kira jam 8 pagi.

Mangsa yang terselamat termasuk seorang yang meninggal dunia, Siti Zamimah Mohman Zobini, 29, ditemukan berpaut antara satu sama lain pada dua buah tong ikan.

Mayat seorang lagi mangsa iaitu tekong bot, Shahril Ismail, 50, dijumpai kira-kira jam 1 tengah hari pada Ahad sekitar lima batu nautika dari lokasi kejadian.