Kelab amatur perlu manfaat peluang di pentas Piala FA

Iklan
Yusoff ketika majlis undian Piala FA 2020 semalam. - Foto Malaysian Football League

KELAB bola sepak amatur tempatan digesa menampilkan persembahan terbaik dalam saingan Piala FA musim ini selain memanfaatkan peluang beraksi dalam saingan itu demi kelangsungan pasukan di masa hadapan.

Menurut Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi, beliau mahu melihat pasukan amatur melangkah jauh dalam pertandingan yang dijadual bermula dengan peringkat kelayakan pada 15 dan 16 Februari depan.

Iklan
Iklan

"Setiap pasukan perlu bersedia dan ambil kesempatan ini untuk cuba bersaing memberi cabaran kepada pasukan profesional," katanya selepas majlis undian Piala FA 2020 yang disiarkan secara langsung menerusi laman rasmi Facebook Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) semalam.

Pada majlis undian pusingan kelayakan itu, 32 daripada 40 pasukan yang terdiri daripada 18 pasukan Liga M3 dan 22 pasukan Liga M4 diundi berentap sesama sendiri menggunakan format kalah mati sementara lapan pasukan mendapat 'bye' ke pusingan pertama.

Iklan

Lapan pasukan yang mendapat 'bye' adalah Staroba FC, Kuatagh FC, Thai Selangor FC, Imigresen FC, KSR Sains, Tun Razak City FC, Kickers FC dan Norfarhan FC.

24 pasukan amatur yang berjaya mara ke pusingan pertama akan berentap sekali lagi di pusingan kedua pada 22 dan 23 Februari sebelum pemenang akan menyertai 24 pasukan profesional saingan Liga Super dan Liga Premier di pusingan ketiga. - Bernama

Iklan