Kos tinggi, kurang fasiliti punca pengeluaran daging tempatan rendah
Iklan
SHAH ALAM - Kos pengeluaran yang tinggi dan baka lembu tidak mencapai standard yang sesuai merupakan antara faktor bekalan daging tempatan untuk pasaran domestik masih rendah.
Pakar sekuriti makanan, Profesor Dr Shaufique Fahmi Ahmad Sidique berkata, perbezaan pengendalian haiwan yang disembelih juga menyukarkan penghasilan daging tempatan berbanding negara luar.