Kereta dihanyutkan arus deras

Iklan
Kereta mangsa yang terbabas dan hanyut di dalam longkang.

NILAI - Sebuah kereta jenis Proton Saga dihanyutkan arus deras selepas terbabas ke dalam longkang di Jalan Taman Semarak di sini petang semalam.

Bagaimanapun pemandunya, M Nadarahja, 56, selamat apabila sempat keluar dari kenderaannya dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu seorang diri dari Batang Benar menghala ke Desa Jasmin di sini.

"Siasatan awal polis mendapati, ketika di lokasi kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing dan melanggar penghadang batu pembahagi jalan.

Iklan

"Kemudian keretanya terbabas ke dalam longkang besar yang mempunyai arus deras," katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun sempat keluar dari kenderaan sebelum keretanya hanyut dibawa arus deras.

Iklan

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Dalam pada itu video kereta mangsa yang hanyut di dalam longkang tular di media sosial Facebook semalam.