Warisan tiada kerjasama dengan mana-mana pihak

Iklan
Mohd Shafie ketika berucap pada Program Jelajah Presiden Warisan Parlimen Sepanggar di Taman Sepanggar, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan parti yang dipimpinnya itu belum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti setakat ini.

Beliau mengakui memang ada rundingan secara tidak rasmi dilakukan namun sehingga kini tidak ada sebarang kerjasama dengan mana-mana parti.

Iklan
Iklan

"Mereka boleh duduk satu meja, kadang-kadang minum di kedai kopi, bukan tidak boleh minum bersama. Cerita runding sana, runding sini boleh, bukan tidak ada.

"Tetapi parti Warisan belum buat keputusan mana parti yang harus kita bekerjasama, cuma saya nyatakan kerjasama Warisan dengan rakyat Sabah," jelasnya ketika berucap pada Program Jelajah Presiden Warisan Parlimen Sepanggar di Taman Sepanggar, di sini pada Ahad.

Iklan

Menurut beliau, suara rakyat Sabah di Parlimen terhad kerana hanya mempunyai 25 kerusi sahaja.

"Saya sudah puas bekerjasama, kerjasama dengan Mahathir, kerjasama dengan Najib, kerjasama dengan Anwar, kerjasama dengan Muhyiddin, kita masih kerjasama dengan Anwar kita sokong kerajaan Persekutuan sebab kita tahu kerusi parlimen 222, kita cuma 25 kerusi saja. Mereka (Semenanjung) 168, Sarawak 31 kerusi.

Iklan

"Kenapa Warisan datang Semenanjung mahu bertanding, sebab mereka di sana 168 kerusi, saya bawa akta MA63 mereka tidak undi sebab apa, Parlimen mereka (punya).

"Mereka datang Sabah kita undi, boleh dapat kerusi. Kita datang sana, tolak kita. Apa pemikiran orang Sabah ini?," bidasnya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Sabah lebih bijak untuk membuat pilihan parti yang bakal memerintah kerajaan Sabah pada masa hadapan.