Instagram Nakano jadi 'bahan' netizen Malaysia

Iklan
Insiden perlanggaran yang melibatkan Shah Firdaus (kiri) dan Nakano (kanan) dalam acara final keirin Sukan Olimpik 2024 di Paris pada Ahad. Foto Bernama

INSIDEN perlanggaran pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dengan pelumba Jepun, Shinji Nakano dalam saingan akhir acara keirin Sukan Olimpik 2024 di Paris pada Ahad mencetuskan bara peminat sukan negara.

Ia susulan Nakano dikatakan menjadi punca insiden tersebut hingga menyebabkan Shah Firdaus terlepas peluang untuk meraih pingat gangsa ketika berada di kedudukan terbaik menuju penamat bagi mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga.

Iklan
Iklan

Ekoran insiden tersebut Instagram pelumba negara Matahari Terbit itu diserang warganet Malaysia dengan meninggalkan catatan kesat di ruangan komen.

Tinjauan Sinar Harian mendapati Instagram Nakano dibanjiri lebih 36,000 komen yang melepaskan kemarahan terhadap pelumba terbabit.

Iklan

Akibat insiden tersebut Shah Firdaus meraih tempat keempat, namun diturunkan ke tangga keenam kerana dikesan memulakan perlanggaran manakala Nakano pula gagal menamatkan perlumbaan.

Dalam aksi di Velodrom Saint Quentin en Yveline itu, pelumba Belanda, Harrie Lavreysen unggul merangkul pingat emas ketiganya di Paris selepas turut memenanginya dalam acara pecut individu dan berpasukan.

Iklan

Pelumba Australia Matthew Richardson memenangi pingat perak manakala rakan senegaranya, Matthew Glaetzer membawa pulang gangsa.