Sukan Olimpik Paris 2024 melabuhkan tirai

Iklan
TEMASYA Sukan Olimpik Paris 2024 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang malam ini (awal pagi Isnin di Malaysia) selepas 19 hari aksi sukan bertaraf dunia sebelum menyerahkan baton kepada bandar tuan rumah 2028 - Los Angeles (LA28) di Amerika Syarikat.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan






Upcara penutupan semakin meriah apabila bintang Hollywood Tom Cruise melakukan aksi mengagumkan dengan, melompat dari bumbung Stade de France diiringi dengan persembahan penyanyi Billie Eilish dan rapper Snoop Dogg yang mewakili tuan rumah seterusnya.





Paris 2024, yang secara rasmi bermula pada 26 Julai, menyaksikan kira-kira 10,500 atlet dari lebih 206 kontinjen bersaing dalam 329 acara daripada 32 jenis sukan di latar belakang mercu tanda kota Paris yang ikonik.