DBKL sita, pindah halangan di Segambut, Kepong

Iklan
Operasi tindakan khas dijalankan melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Segambut dan Kepong

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan sitaan dan pindah halangan terhadap dua penjaja dan lima premis perniagaan di sekitar Parlimen Segambut dan Kepong dekat sini.

Menurut DBKL, operasi tindakan khas itu dijalankan melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Segambut dan Kepong di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Iklan
Iklan

"Dalam operasi tersebut, dua penjaja di Parlimen Segambut dan lima lagi premis perniagaan di Parlimen Kepong telah diambil tindakan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Kesemua barangan yang diambil tindakan pindah halangan dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur

"Kesemua barangan yang diambil tindakan pindah halangan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi," menurut kenyataan itu di laman Facebook rasmi DBKL.

Iklan

Pihak DBKL juga akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan http://adukl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do

Iklan