Patuhi prosedur kerja elak salah laku integriti

Iklan
Kakitangan PMBK yang menyertai Program PMBK Integriti Hub bersama Rasuah Busters di Tunjong di Kota Bharu pada Ahad.

KOTA BHARU - Mempraktikan amalan kerja mengikut prosedur yang betul dalam apa-apa jua situasi akan dapat menggelakkan seseorang individu daripada terjebak salah laku integriti.

Pengurus Modal Insan dan Pentadbiran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Masnoniwati Mohamed Din berkata, dalam sesebuah organisasi bukan sahaja memerlukan hasil pengeluaran atau output yang baik bahkan proses untuk mendapatkan hasil itu juga perlu dititikberatkan dan dilakukan dengan betul.

Iklan
Iklan

"Dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, walaupun perlu cepat atau ditekan pihak atasan dan bos, kerja perlu dilakukan dengan teliti serta prosesnya wajib mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Jika salah satu proses atau prosedur dilangkau, maka peluang untuk melanggar integriti boleh berlaku, itu yang kita tidak mahu kerana kita bukan sahaja mahukan hasil yang baik, tetapi hasil kerja juga melalui proses yang betul,” katanya ketika ditemui di Program Hab Integriti PMBK bersama Rasuah Busters di Tunjong dekat sini pada Ahad.

Iklan

Menurut beliau, program dan bengkel kesedaran seumpama itu juga perlu dilakukan secara berkala bagi memberi peringatan dari masa ke masa kepada pekerja supaya membudayakan integriti cemerlang dalam pekerjaan.

Katanya, budaya berintegriti tinggi dalam setiap pekerja sekali gus akan memberikan impak lebih besar dan imej yang baik kepada organisasi tempat kerja.

Iklan

"Penting untuk mengingatkan diri masing-masing bahawa setiap tindak-tanduk dalam bekerja, kita membawa bersama nama, imej bos dan organisasi tempat kita bekerja.

"Seperti saya sendiri berkhidmat di PMBK, membawa nama baik Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang juga pengerusi PMBK dan pihak atasan yang lain selain amanah daripada rakyat Kelantan,” katanya.

Tambah beliau, setiap pekerjaan pasti ada cabaran dalam tanggungjawab untuk seseorang pekerja itu berlaku jujur dan amanah, lebih-lebih bagi mereka yang berada di peringkat pengurusan organisasi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Norhayati Nordin, berkata, Program Hab Integriti PMBK bersama Rasuah Busters pertama kali diadakan dan satu inisiatif luar biasa digerakkan oleh PMBK sebagai pemegang taruh kerajaan negeri serta amanah rakyat di negeri Kelantan dalam usaha membawa perubahan dari aspek integriti di negara ini.

"PMBK membawakan penyertaan ketua-ketua jabatan mereka dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK, Wan Mohd Husni Wan Osman sendiri menyertai bengkel ini dari awal hingga akhir.

"Ini menunjukkan komitmen luar biasa mereka atas kesedaran untuk membawa perubahan besar ke arah Malaysia tanpa rasuah,” katanya.

Norhayati berkata, PMBK juga menjadi contoh terbaik apabila bergabung bersama Rasuah Busters dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri setiap individu selain memuji usaha pihak itu dalam mewujudkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) yang dijangka siap pada Oktober ini.