Bekas teman lelaki Cikgu Istiqomah disambung reman

Iklan
Suspek (tengah) disambung reman sehingga Isnin depan oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, di Melaka pada Isnin.

ALOR GAJAH - [DIKEMAS KINI] Bekas teman lelaki Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, 33, disambung reman selama tujuh hari bermula Selasa untuk membantu siasatan kes pembunuhan guru Sekolah Kota Masai 3 di Pasir Gudang Johor itu.

Perintah reman sehingga Isnin depan terhadap lelaki berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Dr Teoh Shu Yee untuk membantu siasatan di bawah Sesyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Iklan
Iklan

Sebelum ini suspek bersama isterinya berusia 36 tahun direman bermula 6 hingga 12 Ogos lalu sebelum isterinya dibebaskan pada Isnin dengan jaminan polis.

Sinar Harian pada pada 6 Januari lalu melaporkan mayat dibiarkan tanpa pakaian sebelum itu ditemui orang awam kira-kira jam 2 petang 31 Disember.

Iklan

Mayat ditemukan dengan hanya beralaskan kain merah selain kepala, kedua-dua belah kaki hingga ke paras lutut dan tangan dipercayai telah dipotong.

Dalam pada itu Sinar Harian pada Isnin melaporkan kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tidak lengkap ditemui pada 31 Disember lalu adalah milik Istiqomah.

Iklan

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mendapati ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

Menurutnya, risikan yang dijalankan pasukan polis Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Melaka dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah telah berjaya menahan sepasang suami isteri masing-masing berusia 36 dan 37 tahun.

Polis mengesahkan suspek yang direman berhubung kes pembunuhan Cikgu Istiqomah merupakan bekas seorang guru dan bekas teman lelaki mangsa ketika di universiti.