Pemandu mengantuk punca nahas dua pacuan empat roda

Iklan
Kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 353 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu di hadapan kedai serbaneka di Raub Perdana di sini, tular di laman sosial pada Ahad.

RAUB - Kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 353, Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu di sini yang tular di laman sosial pada Ahad berpunca salah seorang pemandu memandu dalam keadaan mengantuk.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata, kemalangan jam 10.30 malam itu melibatkan kenderaan jenis Toyota Hilux dan Isuzu D-Max.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam kejadian itu, kedua-dua pemandu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun kenderaan terlibat mengalami kerosakan.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut dipercayai melanggar belakang Isuzu D-Max yang di parkir di bahu jalan sebelum terbabas," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Mohd Shahril berkata, pemandu dan kenderaan terlibat telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun jika sabit kesalahan.

Iklan

"Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak memandu dalam keadaan mengantuk serta peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelak berlaku kemalangan," katanya.