Wanita perlu RM100,000 untuk jalani pembedahan di Korea Selatan

Iklan
Keadaan Muslihah yang dirawat di Hospital Awam Hana Cheongju, Chungcheongbuk-do, Korea Selatan.

KOTA KINABALU - Seorang wanita berasal dari Sabah yang sedang menerima rawatan di Hospital Awam Hana Cheongju, Chungcheongbuk-do, Korea Selatan, memerlukan dana hampir RM100,000 bagi menampung kos pembedahannya di hospital tersebut.

Muslihah Ibrahim, 37, dari Lahad Datu, tidak sedarkan diri kira-kira jam 11 malam (waktu tempatan) Ahad sebelum dikejarkan ke hospital.

Iklan
Iklan

Menurut adiknya, Jawati, 34, kakaknya dirujuk ke hospital besar negara tersebut kerana berada dalam keadaan kritikal ketika itu.

"Pihak hospital kemudian mendiagnosis kakak mengalami masalah pecah pembuluh darah di kepala dan memerlukan pembedahan dengan segera.

Iklan

Katanya lagi, usaha membawa pulang kakaknya mungkin sukar kerana keadaannya yang kritikal ketika ini.

"Doktor juga memaklumkan bahawa kakak tidak boleh dibawa balik ke Malaysia disebabkan keadaannya yang sangat kritikal sekarang dan tiada syarikat penerbangan akan menerima.

Iklan

"Pilihan yang ada adalah untuk melakukan pembedahan yang anggaran kos antara RM65,000 hingga RM98,000.

"Setakat ini kami tiada dana sebanyak itu dan kos itu diperlukan hari ini. Saya buntu, kami amat memerlukan wang tersebut supaya pembedahan dapat dilaksanakan segera," katanya.

Sebelum itu, Jawati memaklumkan mereka dua beradik berada di negara itu kira-kira sebulan untuk tujuan melancong.

"Kejadian ini sangat mengejutkan kami kerana kakak saya seorang yang aktif dan sihat.

"Kami merayu kepada golongan yang berkemampuan supaya dapat menghulurkan sumbangan untuk kakak yang ditimpa musibah.

"Segala bantuan sangatlah diperlukan pada saat ini bagi meringankan beban kos rawatan pembedahan kakak," rayunya.

Tambah Jawati lagi, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun bank miliknya bernombor 164203485030 (Maybank) atau akaun 9500020317304 (Jeonbuk Bank) dan untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi talian 019-9973099.