Anwar nafi terdapat rancangan rombakan Kabinet

Iklan
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menafikan kerajaan akan melakukan rombakan Jemaah Menteri tidak lama lagi.

Anwar berkata, beliau tidak mengetahui dan mendengar sama sekali berhubung perancangan rombakan Kabinet itu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Isnin.

Anwar mengulas mengenai dakwaan sebuah portal berita hari ini yang melaporkan kemungkinan rombakan Kabinet akan berlaku sekali lagi, kurang setahun selepas rombakan terakhir kepimpinan kerajaan.

Iklan
Ditanya sama ada seorang menteri besar akan dilantik mengisi Kabinet menteri nanti seperti yang dilaporkan portal tersebut, beliau berkata perkara itu mungkin berlaku selepas pilihan raya umum (PRU).

"Lepas pilihan raya, Insya-ALLAH,” katanya.

Kali terakhir Jemaah Menteri dirombak pada Disember tahun lalu dan dibesarkan daripada 29 menteri kepada 31 menteri.

Iklan

Kali terakhir Jemaah Menteri dirombak adalah pada Disember tahun lalu, apabila bilangan menteri ditambah daripada 29 kepada 31. - Bernama