Suami tikam isteri meninggal dunia akibat keracunan ammonia

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

JEMPOL - Lelaki yang menikam isterinya dengan pisau dalam kejadian di sebuah rumah flat di Bahau pada Sabtu lalu, meninggal dunia awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 32 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Jempol pada jam 3.06 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kematian lelaki terbabit disebabkan radang paru-paru akibat keracunan ammonia.

"Suspek ketika itu dalam keadaan separuh sedar ketika menerima rawatan awal di bahagian kecemasan Hospital Jempol," katanya ketika mengesahkan laporan pada Isnin.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan suspek telah menikam isterinya, 30, di bahagian rusuk kiri dengan pisau sebanyak dua kali selepas berlaku selisih faham antara mereka di rumah berkenaan kira-kira jam 8 pagi.

Mangsa kemudiannya menerima rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ampuan Najihah,Kuala Pilah manakala suspek telah melarikan diri sebaik kejadian dan berada di kebun durian di Jelebu.

Iklan

Suspek bertindak minum racun rumpai lalu dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan dan pemerhatian lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya.