NANJING - Sebuah pavilion di taman di Changzhou wilayah Jiangsu, timur China runtuh akibat dipanah petir, mengakibatkan enam orang maut dan sepuluh lagi cedera, lapor Xinhua.
Insiden berlaku di bandar Hengshanqiao, Zon Pembangunan Ekonomi Changzhou pada jam 8.36 malam Ahad, menyebabkan pavilion runtuh dan 16 orang terperangkap di bawah runtuhan, menurut pihak berkuasa tempatan.