Kerajaan terus nilai kesan faktor luaran terhadap ekonomi - PM

Iklan
Anwar melawat reruai pameran selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2024 pada Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia akan terus menilai impak daripada faktor luaran terhadap ekonomi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa peka mengenai risiko geopolitik dan faktor antarabangsa lain yang boleh mempengaruhi ekonomi Malaysia dan akan menilai keadaan dari semasa ke semasa.

Iklan
Iklan

"Kita kini berada di landasan yang betul (untuk mencapai pertumbuhan ekonomi),” katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2024 di sini pada Isnin.

Anwar mengulas mengenai sama ada faktor luaran termasuk gempa bumi di Jepun berukuran 7.1 magnitud baru-baru ini dan perang Rusia-Ukraine yang berterusan akan memberi impak kepada ekonomi Malaysia.

Iklan
Iklan

Pada Mei, Kementerian Kewangan berkata kerajaan optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berada pada kedudukan yang baik dan akan berkembang pada kadar unjuran rasmi antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus pada 2024, didorong pertumbuhan suku pertama yang lebih tinggi daripada jangkaan. - Bernama