Kedai ubat rupanya simpan dadah lebih RM21 juta

Iklan
Kok Chin menunjukkan dadah yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Isnin. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

KUALA LUMPUR - Sebuah kedai ubat yang dijadikan sebagai tempat menyimpan dadah erimin 5 dan pil ekstasi bernilai RM21.8 juta terbongkar susulan tangkapan dua lelaki di Taman Desa Petaling di sini, pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, dalam serbuan pertama, seorang lelaki yang juga 'runner' berusia 48 tahun ditahan di kedai dua tingkat berkenaan pada jam 2 petang.

Iklan
Iklan

"Kita merampas pil erimin 5 seberat 209.65 kilogram (kg) di sebuah bilik tingkat pertama dalam kedai itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, pada Isnin.

Kok Chin berkata, semasa serbuan kedua pula, polis memberkas seorang lelaki warga Singapura berusia 64 tahun di hadapan sebuah restoran yang jaraknya kira-kira 30 meter dari lokasi serbuan pertama.

Kok Chin menunjukkan kenderaan yang disita. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Iklan

"Lelaki yang berperanan sebagai ketua sindiket pengedaran dadah itu ditahan di dalam sebuah kereta jenis Mercedes Benz.

"Kita telah merampas 5.55 kg dadah jenis pil ekstasi di tempat letak kaki penumpang hadapan kenderaan tersebut," katanya.

Iklan

Beliau berkata, modus operandi sindiket yang aktif sejak Januari lalu itu adalah menjadikan premis tersebut sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diedarkan untuk pasaran dalam negara.

"Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, di mana kita telah menyita pelbagai aset yang dianggarkan bernilai RM59,000," katanya.

Menurutnya, saringan awal polis mendapati kedua-dua negatif dadah.

Kok Chin berkata, jumlah dadah yang dirampas itu dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 1.1 juta orang penagih dadah.

"Kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula Ahad sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.