Melaka United FC platform gilap pelapis negeri

Iklan
Damian Yeo Shen Li

MELAKA United FC yang bakal beraksi di Liga M3 akan berperanan mengilap bakat baharu serta pemain muda kelahiran Melaka yang berpotensi besar.

Pemiliknya, Damian Yeo Shen Li yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United berkata, pendaftaran kelab itu telah diluluskan namun ia bukan sebuah kelab feeder untuk Melaka United yang beraksi di Liga Super seperti diperkatakan peminat.

Iklan
Iklan

"Kelab ini ditubuhkan untuk menghasilkan darah baharu seperti apa yang selalu disebutkan sebagai misi 04, iaitu misi akar umbi untuk melahirkan pemain-pemain muda. Buat masa ini kita bermain di Liga M3 selain Piala FA dan kebanyakan pemain adalah dari kelab SAMB FC.

"Namun ia mungkin boleh dijadikan sebagai feeder setelah melalui proses tertentu nanti. Saya tidak suka jalan pintas majukan bola sepak Melaka dan saya akan bentuk (bola sepak Melaka) dengan acuan sendiri bukan tiru kelab-kelab yang kaya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Iklan

SAMB FC menerusi kenyataan pada 23 Jan lepas mengumumkan untuk tidak menyertai Liga M3 pada musim ini berikutan kekangan penajaan dan peruntukkan, namun pasukan itu akan menyertai Liga Divisyen 1 Melaka.

Media sebelum ini melaporkan bekas pemain Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka United iaitu Azizan Baba dipilih sebagai ketua jurulatih Melaka United FC. - Bernama

Iklan