Polis cari anggota badan Cikgu Istiqomah

Iklan
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, berkata pihaknya masih mengesan beberapa anggota badan milik Cikgu Istiqomah yang belum dijumpai. Gambar kecil: Cikgu Istiqomah

ALOR GAJAH - Polis masih mengesan beberapa anggota badan milik Cikgu Istiqomah yang belum dijumpai.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, setakat ini mayat mangsa masih berada di Jabatan Forensik Hospital Melaka sementara menunggu proses-proses yang akan dilakukan pihak hospital.

"Setakat ini mayat belum boleh dituntut dan sekiranya selesai waris boleh menuntut mayat mangsa bagi tujuan pengebumian," katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.

Iklan

Sinar Harian pada 6 Januari lalu melaporkan mayat tanpa identiti ditemui dalam keadaan tidak berpakaian, hanya beralaskan kain di bawahnya disyaki seorang wanita berusia antara 20 hingga 30-an.

Selain itu anggota badannya tidak cukup iaitu kepala, kedua-dua tangan dan kaki dipercayai telah dipotong.

Iklan

Sinar Harian turut melaporkan kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tidak lengkap ditemui pada 31 Disember lalu adalah, Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Ashari berkata, berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mendapati ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.