Harimau kumbang betina masuk perangkap

Iklan
Harimau kumbang betina masuk dalam perangkap yang dipasang sejak Khamis lepas. Foto Perhilitan Terengganu

KEMAMAN - Seekor harimau kumbang betina berjaya ditangkap pada Ahad selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di sebuah ladang sawit di Cherul dekat sini.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, harimau kumbang seberat 45 kilogram itu berjaya ditangkap selepas perangkap tersebut dipasang sejak 8 Ogos lepas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi menangkap harimau kumbang berkenaan melibatkan enam anggota Perhilitan Daerah Kemaman.

"Jadi dengan tertangkapnya harimau kumbang tersebut pada pagi Ahad itu dapat mengurangkan kerisauan pekerja ladang untuk melakukan kerja mereka di ladang tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Iklan

Mengulas lanjut, Kean Seong menyatakan harimau kumbang dewasa itu berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan.

Tambahnya, harimau kumbang tersebut akan dilepaskan ke hutan simpan yang bersesuaian dalam masa terdekat ini.

Iklan

Dalam pada itu, Kean Seong turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sekiranya terserempak dengan hidupan liar.

"Jangan sesekali mengambil tindakan sendiri dengan mengejar atau melakukan provok terhadap haiwan itu demi keselamatan diri.

"Jadi segera menghubungi pihak Perhilitan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil," jelas beliau.