Polis kesan Eva, Guna bantu siasatan kes pergaduhan

Iklan
Eva (kiri) dan Guna dikesan bagi membantu siasatan kes pergaduhan berhampiran sebuah pusat komersial di daerah ini, pada malam Rabu lalu.

NILAI - Polis sedang mengesan dua lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan kes pergaduhan berhampiran sebuah pusat komersial di daerah ini, pada malam Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, kedua-dua lelaki berusia 22 tahun itu dikenali sebagai S Thurai Selvam atau nama panggilan Eva dan M Gunasilan atau Guna masing-masing beralamat di Bandar Baru Salak Tinggi.

Iklan
Iklan

"Berlaku pergaduhan antara sekumpulan lelaki berhampiran pusat komersial di Nilai pada 7 Ogos lalu.

"Pergaduhan membabitkan empat ke lima individu ketika mereka sedang berkumpul," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Ujarnya, kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu menyebabkan salah seorang daripada individu berkenaan mengalami kecederaan di kepala dan telah menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

"Orang awam yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama, diminta supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Afandi di talian 019-815 6812 bagi membantu siasatan," katanya.

Iklan