Hannah tumpu perkasa bekas atlet dalam pembangunan sukan

Iklan
Hannah (kanan) bersama Datuk Nicol Ann David.

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, ingin memastikan legasinya tertumpu kepada usaha memperkasakan bekas atlet untuk menyokong atlet yang aktif dan atlet yang bakal muncul, kerana percaya bahawa pengalaman dan pemahaman mendalam mengenai keperluan dan kehendak atlet, menjadikan mereka amat berharga.

Iklan
Iklan

Hannah berkata, antara matlamat utamanya sebelum menamatkan penggalnya adalah untuk memastikan individu yang sesuai ditempatkan pada kedudukan yang betul dalam ekosistem sukan.

Bagaimanapun, beliau mengakui dan menghormati kedudukan mereka yang dipilih melalui proses demokrasi.

Iklan

Mengimbas pengalamannya di Sukan Olimpik Paris 2024, Hannah berkata, beliau menghabiskan banyak masa bersama legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, yang merupakan Timbalan chef de Mission negara Kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024.

Hannah melahirkan harapan agar Nicol akan terus membantunya dalam pembinaan negara melalui pembangunan sukan.

Iklan

"Dalam jawatankuasa Road To Gold, saya mempunyai tiga bekas atlet utama untuk bantu saya iaitu Lee Chong Wei (legenda badminton), Nicol Ann David, dan Mirnawan Nawawi (bekas pemain hoki negara),".

"Dalam Majlis Sukan Negara, saya mempunyai Olympian Suriaghandi Suppiah dan Chong Wei untuk membantu saya. Di Institut Sukan Negara, saya mempunyai Datuk Marina Chin dan Nicol yang membantu saya. Di YAKEB saya mempunyai Farah Ann, Jeffrey Ong dan Soo Beng Kiang untuk membantu saya," katanya dalam catatan Facebook pada Isnin.

Hannah turut melantik bekas ratu renang Nurul Huda sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sukan Selamat, bersama pentadbir sukan seperti Datuk Seri Windsor John dari Konfederasi Bola Sepak Asia (Stadium Perbadanan Malaysia) dan Datuk Stuart Ramalingam sebagai penyelaras program Road to Gold. - Bernama