M N45IR CIPTA pukau lebih 8,000 penonton

Iklan
M Nasir disifatkan sebagai berlian negara oleh penyanyi seberang, Melly Goeslaw.

EKSKLUSIVITI figura bernama M Nasir tidak boleh disangkal lagi apabila penganjuran konsert Dato’ M N45IR CIPTA di Axiata Arena Bukit Jalil pada Sabtu lalu berjaya memukau lebih 8,000 penonton.

Meskipun baru sahaja tampil dengan konsert berskala besar tahun lalu, maestro muzik berusia 66 tahun itu tetap tampil hebat dengan persembahan yang menghiburkan.

Iklan
Iklan

Ternyata, pengalaman sepanjang 45 tahun mencipta karya hebat, luar biasa dan malar segar meletakkan figura ini ke satu tahap yang berbeza.

Perdana Menteri turut menerima pulut kuning dari M Nasir sempena sambutan ulang tahun kelahiran beliau.

Konsert berdurasi lebih dua jam itu menyaksikan M Nasir mempersembahkan karya-karya hebat seperti Mentera Semerah Padi, Hati Emas, Seroja, Bercanda Di Pasiran Pantai, Tanya Sama Itu Hud-Hud, Srikandi Cintaku, Ada, Phoenix Bangkit, Senja Nan Merah, Tujuh Nafas Lagi dan banyak lagi.

Iklan

Bukan sahaja membawakan lagu daripada album solo miliknya, suami kepada Datin Marlia Musa itu juga menghiburkan penonton dengan sentuhan magis yang pernah diberikan kepada kumpulan rock Search, Alleycats, Awie, Seha, Bumiputera Rockers (BPR), Kristal, Def Gab-C dan Rahim Maarof.

Maestro Muzik, Datuk Ramli MS turut tampil mengiringi persembahan.

Lebih menghangatkan suasana apabila beliau berkesempatan menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir dan menyambut ulang tahun kelahiran ke-77 serta memberikan pulut kuning sebagai tanda kenangan.

Iklan

Menurut penganjurnya, ICON Entertainment, CIPTA dipilih sebagai nama konsert kerana ia merangkumi justifikasi maksud ciptaan itu sendiri yang digarap menerusi 20 lagu.

"Kami sedar ini bukan pertama kali penonton atau peminat menyaksikan persembahan sifu M Nasir sepanjang lebih empat dekad pembabitannya dalam industri seni tanah air.

"Tetapi, pentas ini menyajikan pelbagai ciptaan dan kreativiti ditumpahkan daripada seorang anak seni sehingga menjadi persembahan visual yang takkan dilupakan.

"Beliau telah melahirkan karya bermutu bukan hanya buat dirinya sendiri, malah ratusan pemuzik yang pernah mendapatkan sentuhan daripada beliau," katanya.

Biarpun baru tampil dengan konsert berskala besar tahun lalu, ia tidak menghalang 8,000 peminat hadir menyaksikan konsert Dato’ M N45IR CIPTA di Axiata Arena Bukit Jalil pada Sabtu lalu.

Difahamkan, seramai 25 pemuzik mengambil bahagian di balik tabir sehingga konsert berlangsung antaranya maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS; Pengarah Muzik, Aznan Alias; gitaris, Rafi Mohd; pemain bass, Norman Abdullah; pemain dram, Ujang Exist serta ramai lagi.

Konsert berkenaan turut menyuntik elemen klasik, tradisional dan unsur latin apabila susunan lagu diolah mengikut irama daripada instrumen gambus, bongo, trumpet, saksofon, seruling, tamborin, marakas serta tabla.