Guru rugi lebih RM200,000 terpedaya phone scam

Iklan
Seorang guru lelaki mengalami kerugian RM258,060 selepas terpedaya dengan sindiket ‘phone scam’ atau penipuan melalui panggilan telefon. Gambar hiasan (Gambar kecil: Azrol Anuar)

BESUT - Seorang guru lelaki mengalami kerugian RM258,060 selepas terpedaya dengan sindiket ‘phone scam’ atau penipuan melalui panggilan telefon.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, lelaki berusia 28 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dari syarikat penghantar barangan di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Ketika lelaki terbabit berada di tempat kerjanya kira-kira jam 11.15 pagi, 26 Jun lepas dia menerima panggilan yang memberitahu terdapat satu bungkusan barang mengandungi kad pengenalan dan kad mesin pengeluaran automatik (ATM) yang menyalahi undang-undang dihantar atas nama mangsa.

"Bagaimanapun, mangsa menafikan tetapi pihak ‘scammer’ meminta mangsa membuat laporan polis secara atas talian.

Iklan

"Suspek juga menyuruh mangsa mengosongkan wang di akaun bank miliknya dengan memindahkan wang ke akaun sementara yang diberi bagi tujuan menyelamatkan mangsa daripada akaun dibekukan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Tambah Azrol Anuar, suspek turut memberitahu mangsa wang tersebut akan dipulangkan semula setelah siasatan selesai.

Iklan

Beliau berkata, akibat percaya mangsa telah memasukkan wang secara berperingkat sebanyak 27 kali ke beberapa akaun berlainan yang diberikan suspek sehingga mengalami kerugian berjumlah RM258,060.

Katanya, menyedari telah ditipu kerana masih tidak menerima wang miliknya itu, mangsa telah membuat laporan polis pada jam 6.32 petang Ahad.

Azrol Anuar berkata, tindakan mengesan dan menangkap suspek kini giat dilakukan dan pihak polis masih mengumpul bukti-bukti keterangan bagi tujuan pendakwaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Jadi orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan sebarang panggilan telefon dan pesanan mesej yang diterima dari pihak yang tidak dikenali melalui mana-mana platform agar tidak menjadi mangsa penipuan," jelas beliau.